Pages

Wednesday, June 20, 2012

Salam Takziyyah

Tirai penutup episod lalu, buatmu...
SAHABAT...
Bagai tersimbah warna duka...
Kerana pemergian ibumu tercinta.
Begitu pengorbanannya membesarkanmu sekian lama...
Mendidikmu menjadi insan yang punya hati mulia...
Mengajarmu sehingga penuh ilmu di dada...
Tak terungkapkan oleh tinta yang mencoret rasa.
Sungguh aku terharu,
Walau dalam sendu...
Kau masih mampu menyampaikan berita sedih itu...
Sayu hatiku...
Maka takziyyah kutitipkan buat keluargamu.
Semoga perjalanan ibumu menuju kepadaNYA...
Ditaburi bidadari dengan sejuta bunga...
Malah dibasahi renjisan kasturi syurga.
Walau ziarahku tak sempurna...
Namun ingatan dan du'a kasihku tetap bersama.

notakaki : Buatmu kakanda seperjuangan Nurul Najwa Binti Abdul Hadi...Kullu nafsin zaa'iqotul maut...segalanya telah tercatat sedia di Luh Mahfuz..tidak ditangguh juga tidak dipercepatkan walau sejam, seminit, mahupun sesaat.. Semoga Allah merahmatimu kakanda Najwa..

No comments:

Post a Comment