Pages

Tuesday, November 22, 2011

Sepak Bola..Kadangala Tak Ada Logika

Assalamu'alaikum.
Sukan SEA di Indonesia.
Hari ke 10 kelmarin telah merekodkan kedudukan Malaysia di tempat yang keempat
diatasi oleh Indonesia, Thailand, dan Vietnam.
Dan hari ini Team Harimau Muda
berjaya memiliki pingat emas di dalam perlawanan bola sepak menjuarai pihak lawan
TIMNAS.
Alhamdulillah. Tahniah buat pemain-pemain 
terutamanya Khairul Fahmi, Penyokong dan rakyat Malaysia.
 i'm proud to be Malaysian
Lain kali main elok-elok lagi yer.
*clap**clap*
Tapi, dah ditakdirkan Malaysia menang
ehem, hihi....
takkan tak ada cuti kan
hoho..*dancing*
Once again..
Alhamdulillah and tahniah semua.
weeee.. 
SINI saksikan Malaysia beraksi di minit-minit terakhir.
Mereka menang siap buat sujud syukur.
Sejuk hati!


p/s : Dengan adanya perlawanan bola hari ini, terbuka segala hijab kekuatan wanita dalam menyumbangkan jeritan dan sorakan. Di kolej suara perempuan bersorak. Di hostel juga suara perepuan menjerit. Haha. Kita semua excited termasuk saya!Apapun, jangan pernah lalai menjalankan tanggungjawab.
Wallahuta'ala 'alam~







Sunday, November 20, 2011

Perbezaan Dalam Persamaan

Assalamu'alaikum WBT
Lelaki dan Wanita
Persamaan lelaki dan wanita terletak pada perbezaan mereka. Lelaki dan wanita bukan sahaja mempunyai kerangka zahiriah yang berlainan tetapi juga emosi dan psikologi yang pelbagai. Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan keunikan ini. Lelaki diciptakan daripada tanah dan wanita diciptakan dari tulang sulbi lelaki.

Perbezaan ciptaan ini juga membawa perbezaan tatacara mereka menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah. Kita lihat situasi di bawah:

Ali dan Aminah adalah sepasang suami isteri yang berkerjaya. Ali seorang pegawai tinggi syarikat kereta dan Aminah adalah pensyarah di sebuah universiti. Pada suatu hari Ali menghadapi kekusutan dalam menyelesaikan satu masalah dipejabat.

Kemudian ditambah pula dengan kerja persatuannya yang belum lagi disiapkan. Aminah sebagai seorang pensyarah sedang menghadapi musim peperiksaan pelajar. Dia terpaksa memeriksa kertas pelajar disamping mesyuarat-mesyuarat universiti yang terpaksa di hadiri.Ali kembali ke rumah dan terus ke meja komputer untuk memeriksa internet. Aminah terus ke dapur dan membuat minuman untukmereka berdua.

Aminah
Setelah duduk, Aminah mula menceritakan masalahnya kepada si Ali. Perbualan mereka seperti ini:

"Banyak betullah kertas nak diperiksa" Ujar Aminah

"emm" mata Ali masih tidak berganjak dari dada komputer,

"Tak tahulah bila nak siap" Sambung aminah lagi sambil menghirup kopinya.

"Ala, nanti-nanti siapla" ujar Si Ali acuh tak acuh.

"Tak boleh" Bantah Aminah.

"Boleh. Apa pulak tak boleh. Bukannya susah sangat benda tu. Kalau tak boleh awak mintalah tolong si Rahimah ke, Razak ke untuk tolong semakkan" Tambah si Ali sambil matanya tidak beralih dari komputer. Si Ali berasa puas kerana telah berjaya menyelesaikan masalah si Aminah.

Si Aminah semakin tertekan. Dia mencebikan bibir, mengambil kopinya sambil berlalu pantas tanda marah
"Awak memang tak sayangkan saya. Awak bukannya nak dengar masalah saya. Awak lebih sayangkan komputer awak tu!" Ujar Aminah.

Ali terkebil-kebil.
"aik. Apa salah aku? Bukan aku dengar ke masalah dia tadi?"



Ali
Sekembalinya Ali dari pejabat, wajahnya menampakkan raut kerisauan. Isterinya, si Aminah yang baru menghidangkan air kopi mula berasa risau.
"Ada masalah ke bang?"

"Biasa je" ujar Ali sambil membuka tali lehernya.

"Masalah pejabat ke? Kerja berlambak lagi?" Tanya si Aminah sambil matanya masih lagi tidak beralih dari Ali mengharapkan si Ali akan berkongsi masalahnya.

"Alah tak de apa-apalah!" Si Ali terus bangkit dari sofanya dan terus ke meja komputer dan menekan butang internet.

Si Aminah rasa tidak disayangi. Si Ali rasa si Aminah terlalu membebankan. Apa masalah mereka sebenarnya?

Ini adalah ragam biasa suami isteri. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua mereka ini berbeza dalam menyelesaikan masalah.Si suami dengan kaedahnya tersendiri dan si isteri dengan kaedahnya tersendiri.

Yang menjadi masalahnya, kedua-dua kaedah ini adalah bertentangan dengan satu sama lain. Kalau takut di bakar naga, jangan bermain di mulut gua

Bagi setiap wanita, mereka perlu memahami bahawa setiap lelaki mempunyai 'gua' dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada sesiapa sahaja yang cuba mendekati gua tersebut.

Lelaki apabila menghadapi masalah mereka akan masuk ke dalam gua ini. Lelaki adalah lelaki yang mempunyai ego yang tinggi dan cuba untuk menyelesaikan semua masalahnya dengan 'kebolehannya' dan 'kekuatan'nya sendiri. Dia tidak suka dibantu melainkan dia meminta bantuan. Di dalam gua ini, lelaki akan menghabiskan masa memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Begitulah yang terjadi kepada Ali.

Ali menghadapi masalah dipejabat, tetapi dia tidak kembali untuk menceritakan masalah tersebut kepada isterinya. Sebaliknya dia pergi ke 'gua' tempat dia bertapa untuk menyelesaikan masalah. Dalam pada dia cuba untuk melupakan seketika masalah tersebut, dia akan membuat kerja lain seperti internet, membaca email, membaca suratkhabar,memancing, bermain golf atau bola dan sebagainya.

Inilah kaedah lelaki menyelesaikan masalah. Setelah selesai masalah tersebut,barulah mereka keluar dari 'gua' mereka.

Bagi perempuan, penyelesaian masalah dilakukan dengan cara menceritakan masalah tersebut kepada pasangannya atau apabila pasangannya mempunyai masalah, mereka berharapkan pasangannya berkongsi masalah dengan mereka.

Mereka berkongsi masalah bukan untuk tujuan menyelesaikannya, tetapi adalah lebih kepada meluahkan perasaan yang terbenam di dalam hati. Oleh kerana itu, wanita adalah lebih mudah menceritakan masalah mereka dengan wanita yang lain berbanding dengan menceritakan masalah mereka dengan lelaki yang lain.

Dengar sahaja perbualan telefon. Lelaki dengan lelaki jarang menelefon untuk menceritakan masalah peribadi melainkan untuk menyampaikan maklumat yang perlu disampaikan.

Wanita, tidak begitu. Mereka akan menelefon bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat tetapi berkongsi masalah dan cerita yang membuku di dalam hati mereka. Kerana itu wanita mudah di bawa bercakap berbanding lelaki.

Bagaimana menyelesaikan konflik ini.

Sekiranya lelaki mempunyai masalah, si isteri cenderung untuk bertanyakan masalah tersebut disebabkan ini adalah sifat perempuan. Lelaki tidak suka berkongsi masalah disebabkan oleh faktor ego dan 'gua' tebal yang telah dibinanya.

Sekiranya dia berkata "tak ada apa", "tak apa" atau sewaktu dengannya, maka sebaik-baiknya jangan teruskan pertanyaan sehingga lelaki tersebut menceritakan sendiri masalahnya. Jika anda gagal mengenal tanda-tanda bahawa suami anda telah masuk ke dalam gua, berjaga-jaga kerana anda sekarang sedang berada dalam bahaya dibakar oleh naga yang berada di mulut gua tersebut.

Sekiranya si isteri mempunyai masalah dan mencertiakan kepada si suami, JANGAN cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Lelaki akan mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan semua masalah sebab adalah naluri keegoan lelaki yang mempunyai sifat "Mr fix it " atau "mr know it all".

Sebaliknya, palingkan muka anda mengadap isteri anda, berhenti dari melakukan apa sahaja kerja yang anda sedang lakukan dan dengar masalahnya dan biarkan dia luahkan perasaan. Memang susah untuk dilakukan, tetapi jadilah seorang pendengar yang setia. Hargai percakapan mereka dengan kata-kata "emm", "ye ke", "oo" dll. Bukannya dengan cara memberikan penyelesaian seperti si Ali di atas kecuali di minta. Itupun dengan kadar yang minima. Tidak mengapa kalau mereka tidak mahu menerima pendapat kita.

Sekiranya suami anda mempunyai masalah,  besar kemungkinan dia akan cuba melupakan masalah dengan cara membuat pekerjaan yang dapat melupakannya dengan masalah besar tersebut seketika. Biarkan dia bermain golf, memancing, baca surat khabar, internet dll. Maka berikan sokongan anda dengan cara membiarkan dia melakukan hobi mereka. JANGAN merungut atau berleter kerana ini akan membuatkan dia lari bebih jauh lagi ke dalam gua dan mungkin anda sukar untuk mencapainya lagi.

Wallahu ta'ala 'alam~