Pages

Saturday, February 12, 2011

Saranghae yo Zulfitri

Assalmu'alaikum semua =) 
Saya harap semuanya sihat wal 'afiyyah. InsyaAllah.

Zulfitri? Tidak pernah dengar nama ni? Hmm. Zulfitri ni salah seorang lelaki yang saya sentiasa sayang. Sayang sangat-sangat. Entah kenapa malam ni tetiba sebak. Mungkin kekurangan kerja tu lah pasal sampai sebak malam-malam ni. Tengah sebak-sebak sambil belek-belek facebook ni, tiba-tiba satu mesej masuk kat inbox. Dengan 'excited'nya saya terus klik inbox dan baca mesej tu. Tanpa salam tanpa madah, umpama surat layang yang sesat atau salah alamat. Mesej pendek yang berbunyi "Ko ok ka?" seakan-akan mengerti keadaan saya saat ini. Melihat nama pengirim membuatkan saya tersenyum. Senyum yang tadinya agak sukar menguntum kini berbunga sendiri seolah-olah lupa pada kasedihan lalu. Zulfitri.
Ya. Zulfitri. Agak lama dia tidak menghubungi saya. Mungkin inilah keistimewaan kami. Dapat berhubung melalui hati lantas memahami situasi masing-masing walau tidak pada seluruhnya. Saya rindu pada kamu Zulfitri. Walau caranya berkata-kata agak kasar sedikit, namun kalamnya sentiasa menenangkan hati. Setelah beberapa minit bertukar khabar dan cerita, pesanannya yang terakhir sebelum kami melangsaikan kerja masing-masing seolah-olah memujuk-mujuk hati ini agar tidak mudah rapuh. "Be happy ok. Dont worry and dont cry without me." Singkat tapi penuh makna buat saya.

Terima kasih Zullfitri. Saya sayang kamu. Saaaangat3 sayang.

Zulfitri. Satu-satunya adik lelaki yang saya ada. Inilah spiderman kedua saya.