Pages

Saturday, December 11, 2010

Dekatnya Maut Itu

"Assalamu'alaikum. Maaf kerana menghantar mesej seperti ini. Saya tahu awak tak kenal saya tapi saya tahu awak orang yang baik. Boleh tak awak approve friend request saya ni. InsyaAllah. Jangan pandang saya sebagai pengguna facebook yang mengumpul kawan tapi pandanglah saya sebagai pengguna facebook yang mengumpul ilmu untuk mencari cintaNYA."


Terpana aku seketika dengan aksara yang tertaip di hadapanku petang itu. Ya. Petang yang menjadi titik permulaan per'kawanan' aku dengan dia. 


Semenjak itu, inbox facebook aku selalu saja disapa oleh mesej-mesej daripada dia. InsyaAllah. Aku tahu dia tiada niat lain selain ingin meminta tunjuk ajar dalam kembali tunduk pada Sang Khaliq. Aku tahu itu kerana melihat dari profile facebooknya saja banyak yang telah berubah. Malah, selalu juga aku terbaca nasihat2 daripada rakan2nya yang lain yang dipostkan. Dalam hati aku berdo'a agar niat sucinya itu sentiasa terpelihara.


Kami jarang ber'tegur' didalam alam maya ini. Kami hanya berbual mengenai kemusykilannya terhadap agama. Apa yang mampuku jawab, aku jawab. Dan selebihnya aku sering memintanya merujuk pada yang lebih pakar. Tidak ada yang istimewa antara aku dan dia. Hanya sebagai 'BFF' dalam facebook walhal dalam dunia realitinya aku tidak tahu bagaimana wajahmu kerana aku tidak pernah kisah. Aku yakin dia juga tidak pernah kisah bagaiman wajahku. Kerana itu bukan tujuan aku bukan juga tujuan dia. Dan tujuannya adalah untuk menjadi muslim yang mukmin. Itulah kata2 yang selalu membuatkan aku bangga berteman dengannya.


Hari demi hari ya Allah. Atas izinMU kami bertukar-tukar ilmu. Tetapi sepertinya semakin jarang. Mungkin dia punya urusan sendiri dan aku punya komitmen yang lain. Tidak mengapa. Aku tetap gembira berteman dengan pemuda Johor ini. Semangatnya untuk menjadi penegak syi'arMU selalu menyindir semangatku sendiri. Ya Allah, sungguh KAU maha tahu. Tanpa sengaja aku terbaca status terakhir di facebooknya, "saban hari mkin pnat."

Aku hanya tersenyum membaca status itu pada hari Rabu lepas. Tiada rasa ingin memberi komen padanya memandangkan aku sibuk dengan final examku. Pertama kali dia mengeluh seperti itu. Adakah dia ingin berehat? Ataukah dia tiada masa untuk berehat. Wallahu'alam. 

Dan hari ini, aku teringat padanya, lalu aku membuka kembali notes yang pernah dia tag padaku. Notes tentang bagaimana seorang muslimah menjaga dirinya. Kemudian aku memainkan pula video yang pernah dia tag padaku. Video yang berkisarkan tentang sahabat dan perjuangan. Tanpa sedar, jatuh air mataku. Ini bukan kali pertama aku menontonnya. Mangapa terasa sedih benar kali ini? Aku tidak tahu. Adakah kerana muzik dan melodinya? Atau kerana skrip dan dialognya? Ah! Aneh kan?

Aku tertarik untuk memberi komen pada notes dan video itu. Sekaligus bertanya perkhabaran perjuangannya dalam mencari jalan hidup yang haq. 

"smoga arwah, tenang disana dan tmpatkn di tmpat org2 yg b'iman....aminnnn"

"sehelai daun yg tercatat nama mohd nor akmal telah gugur...kita doakn semoga rohnya dicucuri rahmat dn dtmptkn dikalangan org yg beriman...alfatihah"

"sedekah an Al-Fatihah untuk arwah."

Ya Allah, KAU maha tahu apa yang ada dalam hati dan jiwaku saat aku membaca satu persatu kalam2 ni ya Allah. Insan yang aku kenal sebagai MUHAMMAD CAHAYA KESEMPURNAAN telah pergi buat selama-lamanya. Ya. Aku tidak pernah kenal nama sebenarnya dan aku juga tidak pernah bertanya. Hari ini barulah aku tahu namanya Mohd Nor Akmal. Semoga Allah mencucuri rahmat terhadap Almarhum Mohd Nor Akmal. Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua. Allahuakbar. 


Jika kau perlukan nikmat, cukuplah ISLAM sebagai nikmatmu!
Jika kau inginkan asyik, cukuplah TA'AT sebagai keasyikanmu!
Jika kau mahukan pengajaran, cukuplah MAUT sebagai pengajaranmu!
~Sayyidina 'Ali~

No comments:

Post a Comment