Pages

Monday, November 1, 2010

Perang Mu'tah

Assalamu'alaikum. Bagaimana khabarnya minda dan rohani? Perlukah kita membuat satu anjakan yang lebih positif? Tepuk dada tanya Iman. InsyaAllah. Apa yang baik itulah teladannya dan apa yang buruk itulah sempadannya. Aku mencoretkan sirah Perang Mu'tah ini dalam bentuk puisi agar ia lebih menarik. InsyaAllah aku akan menulis dengan lengkap ceritanya nanti.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" Surah Ali 'Imran : 200


Perang mu'tah perang yang berdarah,
Perang luar biasa, namun,
Pabila iman menyemarak di jiwa,
Berlakulah keajaiban.

Aku Zaid bin Harithah,
Nama yang sering disanding kepada Rasulullah,
Menggenggam kepercayaan Nabi,
Bapa angkatku.

Dahulunya kami kaum yang hina,
Hidup dalam kejahilan,
Menjadi mullia,
Tatkala ISLAM datang dengan cahaya.

Sabda junjungan menjadi sumbu api semangat,
Tentera musuh menutupi Bumi Mu'tah ini,
Namun tak pernah kugentar,
Haruman syurga menyelubungi,
Cinta ILAHI mendaki.

Kusambut seruan Nabi junjungan,
Kugenggam erat panji agamaku,
Kupikul amanah selama hayatku,
Kerana...
Ku takkan pernah rela,
Agama tercintaku dinodai,
Tak sanggup kumelihat,
Kekejaman pemerintah bermaharajalela,
Menguasai dunia,
Menzalimi manusia.


Aku Ja'afar At-Tayyar,
Masih menjunjung panji dini,
Biar langit dan bumi bersatu,
Biar syahid di bumi Mu'tah ini,
Keagungan Allah,
Masih aku angkat tinggi,
Bersulamkan iman dan takwa,
Nama Islam pasti aku semarakkan.

Di medan perang aku mara,
Panji Islam aku capai,
Menentang musuh-musuh Islam la'natullah,
Walau tubuh ini dicincang sekalipun,
Walau darah mencorak pakaian,
Tiada aku gerun pada musuh yang ramai,
Kerana aku yakin,
Syurga... Menantiku.


Duhai jiwaku,
Aku 'Abdullah bin Rowahah,
Bersumpah demi Rabbul 'Izzati,
Pasti menghadapi kerelaan cabaran.

Kiranya sudah ramai orang merasainya,
Kenapa kau berlengah..
Membenci neraka ALLAH!!!

Sedarlah ummat Rasulullah sekalian,
Bangkitlah dari lenamu,
Pertahankan kesucian Islam,
Junjunglah panji kemulian.

Ya Rabbi,
Telah tertaut hatiku padaMU,
Jangan KAU biarkan,
Aku tertatih,
Dalam menyeru manusia kepadaMU,
Kerana aku...
Merindui syahid... di jalanMU.


Bermula dari saat ini,
Panji Islam bertukar tangan,
Aku... aku Saifullah,
Tiadalah aku berasa gentar akan musuh-musuh ISLAM,
Aku orang yang terpilih,
Dalam himpunan tentera Islam,

Kubersumpah demiMU ya RAHIM.
Biar kancah perjuangan semakin sengit,
Biar darah mengalir setitik demi setitik,
Tidak akan pernah aku berpaling tadah,
Menjulang kegemilangan Islam,
Di Bumi Mu'tah ini.

Bangkitlah!
Bangkitlah wahai mujahid ad-Din,
Membina lembaran keunggulan Islam,
Hingga pengakhiran dunia...

ALLAHUAKBAR!!!


Wallahuta'ala a'lam.

P/S : Puisi ini pernah di deklamasikan oleh saya dan rakan-rakan sempena Sayembara Pengucapan Puisi Islam peringkat negeri.







No comments:

Post a Comment