Pages

Friday, September 3, 2010

Stay Up at KLIA!!!

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Sudah selesai kelas terakhirku hari ini. Boleh tahan banyak juga assignment yang ditugaskan. Nampak gayanya cuti raya ini kena beri lebih banyak perhatianlah pada assignments.


Malam ini aku dan Eka bermalam di KLIA. Kenapa? Memandangkan flight kami esok pagi, jadi kami pun bersepakat untuk bermalam di KLIA bagi mengelakkan sebarang keburukan. Lebih spesifik, untuk mengelakkan kami terlepas penerbangan.

Sebenarnya kami di KLIA bersama-sama dengan Firdaus, Rafie dan Fazli. Mereka pun menunggu flight esok pagi. Malangnya, kami terpaksa bertolak ke LCCT esok selepas sahaja solat subuh.

Tidak sabar rasanya aku untuk tiba ke negari di bawah bayu itu. Selamat tinggal juga pada Kuala Lumpur. Rindu pada keluarga sudah membuak-buak. Seakan tidak dapat dibendung lagi. Ibu pun kerap menghubungiku dan melafazkan kata-kata rindunya. Aku apatah lagi.

Teringin pula aku berkongsi cerita perjalanan aku dengan Eka. Ini merupakan kali pertama aku dan Eka bertolak ke KLIA. Kawan-kawan cadangkan kami menaiki teksi sahaja. Tapi kami mahu berjimat jadi kami bertekad mahu ke KLIA menaiki LRT sahaja. Beranikan kami. Alhamdulillah. Selamat sampai ke KLIA.

Dan esok, nantikanlah kedatanganku wahai semilir Sabah. Nantikanlah kepulanganku wahai keluarga tercinta. Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan ya. Sayang kamu semua.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment