Pages

Sunday, September 19, 2010

Warkah Buatmu Bakal Suamiku

Assalammualaikum wrt wbt.

Assalamu'alikum.

Alhamdulillah. Hari ini sihat-sihat saja dari segi jisim dan fizikal. Rohani? Hmm. Tertanya juga ya aku. Sihatkah engkau rohaniku? Adakah engkau kelaparan? Kurangkah santapan yang aku berikan untukmu setiap hari? Mungkin ya. Mungkin tidak. Semua ini ada jawapannya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah iman. 

Bercakap soal iman pula, hari ni aku ada terjumpa sesuatu yang sangat dan amat amat best untuk dibaca. Maklumlah, dunia maya facebook ni, klik sana klik sini terjumpalah artikel tidak berpena tapi punya tajuk. "Warkah Buatmu Bakal Suamiku". Bagi wanita macam aku memang akan terjaga imannya dari terus terleka pabila membacanya. Luangkanlah masamu untuk membaca artikel ini. Dalam suasana yang santai dan hujan tika ini,memang agak sesuailah untuk berjiwang sebentar. Hehe.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan ‘Aisyah R.A ; “sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. 

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

Begitulah bunyinya warkah tersebut. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya dari Allah juga tapi bersandarkan pada diri aku yang lemah ini.

Wallahuta'ala a'lam.






Friday, September 17, 2010

Sedih Atau Gumbira??

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Segala tuntutan sebagai seorang pelajar hari ini telah aku sempurnakan. Jadi bolehlah aku tenang sedikit. Sebenarnya, untuk berterus terang, aku sedikit kecewa dengan markah assessment untuk BIO121. Out of 50,I only manage to get 43. Worse huh? Lagi satu CHM122 punya markah lab report aku cuma mampu skor 15.78 daripada 20. Ya Allah, bagaimana aku harus menghadapi semua ini. Bukan aku tidak bersyukur. Jauh sekali untuk memarahi takdir. Cuma aku risau jikalau aku tidak mampu mendapat A dalam subjek-subjek tersebut. Ya Allah, permudahkanlah ya Allah.


Minggu depan dah nak exam, aku mesti kuat. Aku tidak boleh lemah semangat. InsyaAllah semua akan ok. Kawan-kawan doakanlah ya. Hari ini memang agak menyedihkan sedikit. Namun aku tahu Allah sentiasa ada jalan yang terbaik buat kita. Aku tidak akan berputus asa. 




Sementara dengan kesedihan ini, aku juga merasakan kegembiraan yang amat sangat. Kenapa? Cuba teka? Haha. Sebenarnya tadi IQWAL HAFIZ, salah satu penyanyi cilik tanah air yang paling aku minat wish birthday aku. Hahahaha. Aku dah minat dia ni sejak darjah 6 lagi. Dia kreatif dan sangat berbakat. Salah satu lagunya yang aku minat adalah 'Secangkir Kasih'. lagu yang dia composed sendiri diusia 12 tahun. Bolehlah dengar. Memang sedap lagu ini. Aku harap kami boleh jadi kawan suatu hari nanti. Melebih-lebihkah aku? Maafkanlah ya Allah andai ini satu dosa. Maka KAU bimbinglah aku Ya Allah






P/s : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. -Surah MUHAMMAD ayat 7-


Wallahu ta'ala a'lam.

Wednesday, September 15, 2010

Cemburu kah??

Assalamualaikum.

Cemburu? Iri hati? Dengki? Inikah perasaanku tika ini? Mungkin. Ya,mungkin saja aku cemburu. Cemburu melihat teman-teman beraya bersama. Menangis seketika hati ini. Kebudak-budakankah aku? Entahlah. Aku tidak pasti akan perasaanku sendiri. Apa yang pasti aku sedikit kecewa kerana tidak dapat beraya bersama sahabat-sahabatku sepert dahulu. Sungguh ya Allah, aku merindui mereka. Duhai jiwaku, bangkitlah. Komitmenku sebagai seorang penuntut adalah lebih penting tika ini. Walau apa pun, aku tetap menyayangi kalian sahabatku.




Sementara itu, selamat jalan dan selamat berjuang dalam menuntut ilmu Allah di Bumi anbiya' buat sahabat, KHALILAH BINTI SAPAWI. Salam sayang dariku. Jangan lupa aku di sini sentiasa sedia untuk menjadi pendengar terbaikmu kiranya engkau sudi. Semoga cita-citamu yang suci itu termkbul jua.





Namun, cemburu telah terubat sedikit dengan adanya jamuan raya PBM. Bolehlah mengubat rindu di hati. Alhamdulillah.




Wallahua'lam

Tuesday, September 14, 2010

Ukhuwwah Fillah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dapat berhubung kembali dengan kawan lama meskipun tidak bersua muka. Walau hanya di dalam alam maya namun manisnya ukhuwwah bukan hanya terasa di hujung lidah bahkan hingga ke ulu hati.


Ukhuwwah inilah yg sentiasa mewarnai hidupku seperti pelangi yang munculnya selepas hujan. Ukhuwwah inilah yang membuatkan aku jatuh cinta pada sahabat-sahabatku setiap hari. Subhanallah. Besar nikmatMU ya Allah. Dalam dakwah, ukhuwwah dan iman lah yang penting. Sekali lagi Alhamdulillah. Aku dilahirkan di engah-tengah orang yang baik-baik.


Sesungguhnya aku sangat mencintai kalian di dunia dan di akhirat
.







Wallahua'lam.

Sunday, September 12, 2010

Hujan Negeri di Bawah Bayu

Assalamu'alaikum.


Buat pertama kalinya aku jatuh sakit di pagi syawal. Demam panas pulak tu. Alangkah kecewanya hati tidak dapat beraya seperti yang dirancang. Terpaksa aku memungkiri perancanganku sendiri kerana perancangan Allah itu lebih hebat dan kadang kala lebih suspen. Aku pun tertanya-tanya sendiri. Macam mana boleh sakit ni? Mungkin kerana musim hujan di Kota Kinabalu. Apa boleh buat. Allah lebih maha Mengetahui.


Takziah juga pada uncle Tony. Tabahkan hati atas kehilangan anak tercinta di 'Aidilfitri. Semoga pemergian ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Syahdu juga bila dengar kisah adik ni. Allahyarham jatuh ke dalam sungai dan dibawa arus. Masa tu hujan lebat. Peluang untuk menyelamatkan adik memang tipis. Kesudahannya, setelah satu hari mencari, adik dijumpai di longkang besar Hospital Queen Elizabeth(HQE), KK. Bayangkan adik jatuh di sungai Luyang jumpa pula kat HQE. Masyaallah. Teringat pula peristiwa tiga tahun lepas. Adik sepupuku menemui ajal di sungai Penampang. Sehari selepas itu baru jasadnya ditemui. Sebak pula. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang baik-baik. Amiin..


Wallahua'lam

Saturday, September 4, 2010

Hai Sabah!!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sudah selesai check in tepat jam 0848 pagi. Boarding time 0940 pagi. Jadi, aku mengambil kesempatan untuk mencoret sedikit di ruang Shoutul Jihad ini sementara masih ada ruang waktu. Flight pula jam 1020. TIDAK SABAR!! 


Teringat pula kepada Firdaus, Rafie, dan Fazli. Aku rasa Fazli sudah berlepas. Firdaus dan Rafie pula berlepas pada sebelah petang. 


Teringat juga pada April, Clementine, dan Yun. Mereka sudah mula bekerja sambilan. Bak kata April,"mahu memberanakkan duit". Apa-apa pun aku mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk kalian. Jaga diri baik-baik. Insyaallah akan kubawa pulang segala kiriman kalian.


Dan kini aku bersama teman tersayang, Eka, menanti masa untuk berlepas. Doakan perjalanan kami ya.


Kepada IBU dan ADIK-ADIK, nantikan kepulanganku. Akan kucuba mengubat rindu dendam kalian semampu mungkin. Akan kuberbakti kepada kalian sepanjang masa yang ada. Sayang kalian.


SABAH yang tercinta, bayumu lah yang sentiasa kurindui. Nantikanlah kepulangan sumandak SABAH ini.


Rakan-rakan 5Berlian 2009 SMP, kalau ada masa aku pasti datang jumpa kalian. Apa-apa pun semoga Allah mengasihani aku yang telah lama merindui kalian. Aku tetap sayang kalian di dunia dan di akhirat.


Kepada semua sahabat-sahabat, sempena di hari mulia yang bakal tiba, aku ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan diri ini. Akan kucuba memperbaiki diri ini. Dan aku yang sungguh banyak kelemahannnya ini telah pun memaafkan kalian atas segalanya. 


Apa yang penting, perasaanku kini sebenarnya bercelaru. Terkadang gembira dan terkadang sedih. Gembira kerana akan kembali ke pangkuan keluarga walau hanya untuk seketika. Sedih kerana Ramadhan berlalu lagi. 


Semoga Allah memberi peluang dan rezeki buat kita untuk menyambut Ramadhan akan datang. Insyaallah.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!


Wallahua'lam.


p/s April, Yun, Firdaus, Rafie, Fazli, Tine, dan Eka...cuti, cuti jugak.. Assignment jangan lupa. Sayang kalian. Have a nice holiday guys.

Friday, September 3, 2010

Stay Up at KLIA!!!

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Sudah selesai kelas terakhirku hari ini. Boleh tahan banyak juga assignment yang ditugaskan. Nampak gayanya cuti raya ini kena beri lebih banyak perhatianlah pada assignments.


Malam ini aku dan Eka bermalam di KLIA. Kenapa? Memandangkan flight kami esok pagi, jadi kami pun bersepakat untuk bermalam di KLIA bagi mengelakkan sebarang keburukan. Lebih spesifik, untuk mengelakkan kami terlepas penerbangan.

Sebenarnya kami di KLIA bersama-sama dengan Firdaus, Rafie dan Fazli. Mereka pun menunggu flight esok pagi. Malangnya, kami terpaksa bertolak ke LCCT esok selepas sahaja solat subuh.

Tidak sabar rasanya aku untuk tiba ke negari di bawah bayu itu. Selamat tinggal juga pada Kuala Lumpur. Rindu pada keluarga sudah membuak-buak. Seakan tidak dapat dibendung lagi. Ibu pun kerap menghubungiku dan melafazkan kata-kata rindunya. Aku apatah lagi.

Teringin pula aku berkongsi cerita perjalanan aku dengan Eka. Ini merupakan kali pertama aku dan Eka bertolak ke KLIA. Kawan-kawan cadangkan kami menaiki teksi sahaja. Tapi kami mahu berjimat jadi kami bertekad mahu ke KLIA menaiki LRT sahaja. Beranikan kami. Alhamdulillah. Selamat sampai ke KLIA.

Dan esok, nantikanlah kedatanganku wahai semilir Sabah. Nantikanlah kepulanganku wahai keluarga tercinta. Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan ya. Sayang kamu semua.


Wallahua'lam

Wednesday, September 1, 2010

Anti Malaysia???

Assalamualaikum.

       Manusia ni semakin lama semakin menjadi-jadi pula. Terkilan seketika apabila saya terjumpa page semacam ini di ruangan facebook saya. Beristighfar sendiri di dalam hati. Saya pun dengan rasa ingin tahu mengklik tab discussion yang kononnya mendiskusikan tentang kemakmuran antara dua negara yang berbeza tetapi serumpun ini : Malaysia dan Indonesia.

      Sekali lagi saya terkilan membaca komen-komen saudara-saudara tidak kiralah dari Malalysia sendiri mahupun Indonesia. "layakkah kata-kata sebegitu diiktiraf sebagai satu diskusi?" Saya bertanya sendiri di dalam hati. Kata-kata sebegitu saya rasa lebih layak diklasifikasikan sebagai kata-kata kesat yang dilontarkan mengikut hati amarah. Saya pun hairan kenapa perbalahan sebegini boleh terjadi. Saya pun dengan keberanian yang sedikit mencoret sesuatu di ruangan itu dengan harapan mereka akan berfikir sejenak tentang hal yang dirumitkan tanpa sedar ini. Alhamdulillah mereka terima semuanya dengan baik dan satu lagi page dicipta untuk keamanan bersama. Semoga kita semua mendapat yang baik-baik sahaja.


Buang yang keruh, Ambil yang jernih. Kembali kepada prinsip Islam sebenar. Betapa pentingnya ukhuwwah dalam dakwah. Sekarang ini bukan masanya untuk kita saling berbalah. Kita sepatutnya bersatu membantu saudara-saudara kita di Paalestin. Patutkah kita saling bertelingkah sedangkan saudara-saudara kita di bumi anbiya' itu dalam kesulitan mempertahankan negara dan agama.

Wallahua'lam