Pages

Sunday, August 15, 2010

Rindu Menyapa Lagi

Assalamualaikum..

      Alhamdulillah.Allah SWT memberi kesempatan kepadaku untuk berbuka puasa bersama2 dgn anak yatim di sekitar Kuala Lumpur ini kelmarin. Indahnya saat itu. Aku semakin menghargai hidupku sebagai perantau mencari ilmu. Kenangan di Ampang kelmarin membuatkan memoriku seolah2 terpagut kembali ke masa lalu. Aku kembali mengingati anak2 yatim yang pernah aku kunjungi di Yaysan Kebajikan Suria, Tuaran, di Sabah. Alangkah berdosanya diri ini yang sudah hampir melupakan mereka.
     "Maafkan kakak".
     Rindunya pada mereka juga pada adik2 nun jauh di negeri bawah bayu. Ya Allah, aku mohon KAU lindungilah iman mereka dan rahmatilah hidup mereka.
       "Sesungguhnya setiap ujian Allah itu ada hikmahnya. Bertuahnya kamu di uji begini. Allah selalu menguji insan yang disayangiNYA. Cuba lihat di luar sana, ada berapa ramai yang terlepas dari ujian kesenangan. Jadi janganlah mengeluh ya". Kalam inilah yang sering aku gunakan untuk memujuk hati mereka yang ksedihan juga memujuk diriku yang tenggelam dalam kerinduan.

      
         Ya Allah, inikah sakitnya rindu? Rindu pada insan yang telah tiada. Rindu pada insan yang jauh di mata. Rindu padaMU yang sentiasa menjadi anganku. Terlalu rindu sehinggakan aku merasa aku insan yang rugi kerana selalu kehilangan. Pujuk hatiku ya Allah. Mereka tidak tahu apa yang aku mahu, tapi aku tahu KAU tahu apa yang ada di hatiku. Semoga Allah menempatkan arwah ayah ditempat orang2 yang beriman.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. mabruk! truskan brkarya..
    ssunan pnulisan yg baik ^^

    ReplyDelete